Mahkamah khas nafkah mula beroperasi hari ini

PUTRAJAYA – Mahkamah Rendah Syariah (Bahagian Nafkah) yang bertujuan memendekkan tempoh penyelesaian kes daripada 14 bulan kepada enam bulan mula beroperasi hari ini.

Menerusi satu kenyataan dikeluarkan Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, mahkamah itu mula beroperasi di Dewan Mahkamah Rendah Syariah (MRS) Wilayah Persekutuan.

“Untuk makluman, pendaftaran kes pertama pada hari ini akan menggunakan nombor pendaftaran kod kes mahkamah 14005 dan hakim syarie pertama yang diamanahkan mengendalikan kes di dewan MRS (Bahagian Nafkah) ialah Abdullah Zuhdee Ab Halim.

“Dengan beroperasinya MRS (Bahagian Nafkah) ini dijangka memendekkan tempoh penyelesaian kes daripada 14 bulan kepada enam bulan,” katanya di sini hari ini.

Menurut kenyataan itu, pemerkasaan mahkamah syariah merupakan sebahagian daripada agenda utama kerajaan bagi memastikan penyampaian perkhidmatan keadilan dapat diberikan sebaik mungkin kepada masyarakat.

Jelasnya, melalui Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dan Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan (MSWP), Program Pengkhususan Pengendalian Kes Hadanah dan Nafkah serta Pewujudan Bahagian Penguatkuasaan dan Pelaksanaan diwujudkan.

Selain itu, melalui program tersebut, fasa pasca bicara selepas perintah dikeluarkan juga diberikan penekanan.

“Perkara ini selari dengan prinsip syariah yang digariskan dalam risalatul qada bahawa tugas mahkamah syariah tidak terhenti setakat mengeluarkan perintah, bahkan perlu memastikan perintah dikeluarkan itu dilaksanakan sepenuhnya,” katanya.


Sumber: Sinar Harian

Last Updated on December 10, 2021

Kalendar JKSM

Events in July 2026

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
June 29, 2026
June 30, 2026
July 1, 2026
July 2, 2026
July 3, 2026
July 4, 2026
July 5, 2026
July 6, 2026
July 7, 2026
July 8, 2026
July 9, 2026
July 10, 2026
July 11, 2026
July 12, 2026
July 13, 2026
July 14, 2026
July 15, 2026
July 16, 2026
July 17, 2026
July 18, 2026
July 19, 2026
July 20, 2026
July 21, 2026
July 22, 2026
July 23, 2026
July 24, 2026
July 25, 2026
July 26, 2026
July 27, 2026
July 28, 2026
July 29, 2026
July 30, 2026
July 31, 2026
August 1, 2026
August 2, 2026