SEMINAR PENGENDALIAN PERNIKAHAN BAWAH UMUR

11 Mei 2023 : Putrajaya – Bahagian Latihan JKSM (BL) telah menganjurkan Seminar Pengendalian Pernikahan Bawah Umur bertempat di Dewan Tan Sri Ibrahim Lembut, Aras 5, JKSM. Peserta seminar ini terdiri daripada kalangan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Hakim Mahkamah Rendah Syariah dan Pegawai Penyelidik Jabatan Kehakiman Syariah Negeri dan Mahkamah Syariah Negeri (JKSN/MSN) yang terlibat secara langsung dengan prosedur permohonan Kebenaran Pernikahan Bawah Umur di negeri masing-masing. Turut serta ialah pegawai-pegawai dari JKSM.

Seminar ini telah dirasmikan oleh YAA Dato’ Haji Mohd Amran Bin Mohd Zain (Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie) JKSM. Dalam ucapan perasmian, YAA Dato’ telah memaklumkan bahawa JKSM telah terlibat secara langsung untuk membantu menambahbaik peraturan dan undang-undang sedia ada berkaitan dengan penikahan bawah umur di Malaysia kerana pihak-pihak yang berhasrat untuk menjalankan akad nikah dan masih berada di bawah umur yang ditetapkan perlulah mendapatkan kebenarannya secara bertulis dari Hakim Syarie.

Diharapkan dengan penganjuran seminar ini, para peserta dapat maklumat yang terperinci berkenaan Standard Operating Procedure (SOP) Permohonan Perkahwinan Bawah Umur selain penerangan mengenai pertimbangan daripada aspek kesihatan, psikologi, pertimbangan sosial dan kebajikan bagi pemohon yang memohon untuk mendapatkan kebenaran pernikahan bawah umur.

Seramai lima (5) orang penceramah telah dijemput untuk menyampaikan perkongsian dalam seminar ini iaitu YA Tuan Samsuddin Bin Hussain (HMTS MSWP), Dr. Muhammad Firdaus Bin Ujang (Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Kementerian Kesihatan Malaysia), Encik Khairul Amri Bin Ahmad (KPP Bahagian Kanak-kanak, Jabatan Kebajikan Masyarakat), Tuan Mamat Haizan Bin Salleh (Pengarah BDP, JKSM) dan Tuan Salehan Bin Yatim (Ketua Pendaftar, JAKESS)

Semoga para peserta mendapat manfaat dan pencambahan ilmu sepanjang kursus ini berlangsung yang dapat memberikan nilai tambah kepada para peserta dalam menjalankan amanah dan tugasan seharian

Last Updated on May 11, 2023

Kalendar JKSM

Events in July 2026

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
June 29, 2026
June 30, 2026
July 1, 2026
July 2, 2026
July 3, 2026
July 4, 2026
July 5, 2026
July 6, 2026
July 7, 2026
July 8, 2026
July 9, 2026
July 10, 2026
July 11, 2026
July 12, 2026
July 13, 2026
July 14, 2026
July 15, 2026
July 16, 2026
July 17, 2026
July 18, 2026
July 19, 2026
July 20, 2026
July 21, 2026
July 22, 2026
July 23, 2026
July 24, 2026
July 25, 2026
July 26, 2026
July 27, 2026
July 28, 2026
July 29, 2026
July 30, 2026
July 31, 2026
August 1, 2026
August 2, 2026